Weekend
Last weekend, agak heptic for both of us. Abah n mak datang dari Taiping sebab ada kenduri di Klang. Kenduri kat rumah dua pupu abah, kira tiga pupu kitorang lah. Sanak sedara sebelah abah di Klang ni memang kami tak berapa kenal kecuali Pak Lang Kadir yang memang selalu turun Taiping for whatever occasion yang kitorang buat di Taiping.Biasalah, bila mak ngan abah turun, diorang mesti nye tidur kat rumah adik Sayang di Sg Besi. Semalam di sana, dan semalam lagi di rumah kami.
Pagi2 Sabtu tu abah dah call, ajak konvoi sekali ke rumah kenduri. Kami ni tak tahu rumah pengantin tu, so, kena konvoi dengan diorang lah. Janji tunggu kat Tol Sg Rasau kol 11. Kol 11 tepat kitorang sampai, yang ada Azul n Abah je, satu lagi kereta dah tersilap jalan. Tunggu punya tunggu, nak dekat 1/2 jam dok kat tepi tol tuh...at last, abah kata kita pi dulu, tak yah tunggu yang lain. So, abah call Atuk yang dah ada kat rumah kenduri tu utk tanya direction....yang kelakarnya, yang bertanya dan yang bagi direction tu mcm ayam dan kucing bersembang....yang ni cakap camtuh, yang tu kata lain..at last, kami sesat for almost another 1/2 hour. Abah seperti biasa dah marah2 tepi jalan tu...so, we decided yang kami kena take action, so, kami pun call cousin yang memang biasa dgn area Klang tu..now, kami yang lead...alhamdulilllah, just 10 minit sdah jumpa rumah kenduri tu.Bila dah sampai, biasalah adegan makan minum, makan lagi, minum lagi. Lepak, borak2...cuaca plak sekejap hujan, sekejap reda, pastu hujan balik. 4 jam kitorang kat sana..ya lah...abah dah lama tak jumpa sedara mara dia kat sana tu. Atuk siap tapau lauk kenduri, haa..2 plastik besar tu...segan plak bila nak bawa lauk tu balik..bukannya menolong sangat pun, :)
Dari rumah kenduri, kami terus Tesco Shah ALam, mak nak cari renda untuk langsir. Dari Tesco, kami terus ke Bangunan PKNS kat Shah Alam. Lepas tu, around 8, terus pergi ke rumah Siti kat Padang Jawa. Makan2 kat sana sambil tengok Majalah 3 pasal pesawat Nuri terhempas tu. Al-fatihah utk 6 mangsa tersebut. Kami pun cuak juga bila dgr berita pasal Nuri terhempas tu...adik Azul memang bawa Nuri gak..kira mangsa tu kawan2 dia. So, masa kat rumah kenduri tu, Azul memang jadi tumpuan lah..sbb orang bertanyakan kisah Nuri terhempas tu..Dah nak kol 10 malam, semua dah letih dan ngantuk..elok nak balik rumah aje, Pak Li call, suruh kami ke rumah Mak Lang di Gombak. Emm...jauh tuuuu..dari Klang nak ke Gombak. Mula2 malas nak pergi, tapi abah dah merajuk..so, kami pun sekangkan mata pergi ke Gombak. Ingatkan mustahak sangat, rupanya, just sembang2....alahai...Sampai rumah dah nak deakt kol 1, memang terus tidor...mengantuk n letih betul.
Esoknya, kami ke Masjid India...mak still tak dapat cari renda yang sesuai utk langsir dia. Nai turun Mydin n Kamdar. Orang ramai yang amat walaupun hari agak mendung. Elok keluar je dari Kamdar, hujan pun dah lebat. Kiitorang terperangkap kat situ..tak leh gerak mana. Plan asal nak bawa mak ngan abah naik monorel..tapi, tak dapatlah gayanya. Abah ngan mak minta kami hantar diorang ke Hentian Duta. Awal tu, baru pukul 1.30..sedangkan tiket kol 4.30...hmmm..malas nak argue, kitorang pun hantarlah ke Hentian Duta. Makan kat situ and menunggu bas almost 3 hours.
HSG
Hari Isnin, ada appointment HSG di Damansara Specialist jam 2.30pm. Abang hantar ke sana, tapi dia tak leh stay lama. So, aku sorang2 jer masa procedure tu. HSG tu actually nak tengok dalam uterus n tiub fallopian kita, ada blockage ataupun tidak. Basically, procedure dia lebih kurang macam pap smear, cuma HSG ni dia ada masukkan ubat. Gementar gak mula-mula tu, sebab Umie yang baru2 ni pun buat HSG, dia kata agak sakit. Tapi alhamdulillah, segalanya lancar...dan tak ada lah sakit sangat pun...result keluar after 20 minutes...alhamdulillah, result normal.



