Friday, January 25, 2008

Atan Bertunang

Pergh...lama dah citer ni sebenarnya..almost 2 weeks yg lepas. Tanggal 10 Januari yang lepas, hari jumaat, kami sekeluarga bertolak ke Kota Bharu. 2 kereta yang pergi merangkap rombongan meminang untuk adik husband. Keluarga panggil Atan, ekceli nama penuh dia Syamsul Radzi...jauh larinya tu...Dah lama tak travel jauh dengan kereta nih, memang terasa letih dan sengal badan. Kitorang ikut Bentong-Raub-Lipis-Merapoh-Gua Musang-Kota Bharu. Katanya laluan tu yang paling dekat. Emmm..rasanya memang lah dekat, tapi jalan memang mencabar gak for the first timer macam kami2 ni. Lagipun, mak mertua nak singgah Gua Musang ambil adik ipar n anak2 dia, join kitorang gi meminang la. Bertolak kol 8 pagi, sampai Kota Bharu around 6 petang. Nasib baik sebelah perempuan dah sediakan rumah penginapan, lega lah sket. Selesa plak tuh, rumah teres 3 bilik. Malam sampai tu, masing2 memang dah rasa letih amat..tidur aje lah jawabnya.
Esoknya tuh, pagi2 dah gi Tesco Kota Bharu. Baru aku tahu, rupa2nya majlis bertunang tu tak jadi nak buat Sabtu tu, ditunda ke Ahad petang...pergh..rasa bengang betul mula2 tu, ye lah..ingatkan Ahad dah boleh balik awal sikit, sebab Isnin tu ada meeting besar. Mertua siap soh ambil cuti lagi Isnin tu..memang tak boleh le jawabnya...SO, pi Tesco, pi beli buah2an untuk dijadikan hantaran. Dari Tesco, terus ke Pantai Cinta Berahi. Lepak2 minum air kelapa and makan sotong and udang goreng. Lepas tu terus balik rumah dan masing2 macam dah letih nak keluar. Ingatkan nak lah gi jalan2 kat KB lagi, maklumlah susah nak sampai sini...aku pun start la buat preparation untuk meeting Monday tu, presentation still tak siap lagi. So, malam tak gi mana2 pun...:(

Esoknya, lepas Zohor terus bertolak ke rumah perempuan. Ingatkan kami dah lewat dah, rupa2nya, kami yang menyambut sedara-mara sebelah perempuan...lama gak lah menunggu 'tukang cakap' pihak perempuan tu..nasib baik makan sodap...memang sodap betul! 5 bintang lah kasi!

Hubby jadi jurucakap sebelah lelaki. Majlis meriah gak sebab anak sulung bertunang...pastu Doktor plak tuh...siap ada pelamin untuk sarung cincin. Selesai upacara dengan bergambarnya semua around kol 5 jugalah. Kami terus bertolak balik ke KL. Perjalanan balik memang 10X mencabar dari perjalan pergi. Lori balak bersusun di laluan yang bengkak bengkok, turun naik bukit tuh...memang tak leh nak lelap mata pun co-driver kat sebelah. Sampai KL dah kol 2 pagi...letih betul...itulah aje citer majlis Atan bertunang...bagi aku, kurang best...







Thursday, January 10, 2008

Hijrah!

Salam Tahun Baru untuk semua! Alhamdulillah, tahun baru ada niat yang mesti dilaksankan...dan mesti menjadi, apa2 pun dengan izin Allah....