It’s have been 10 days since the last time I post. Ehehehe..lama gak bercuti. So many things happened during this 10 days, I would like to share it here, tapi nampaknya, kena pecah2kan to a few episode kot, Happy reading!
Visit from K Ana and family from Ipoh (Friday-Monday, 1-4 Jun 2007)
K Ana, my eldest sister, datang for cuti-cuti Kuala Lumpur sempena cuti sekolah ni dengan Abg Saiful (abang ipar),Mohd Nabil (Along), Atiqah (Angah) dan yang kecik Syakir . Anak-anak dia yang beriya-iya nak datang KL, since kat rumah kitorang ada kolam renang dan diorang sumer mmg suka berenang…yang lucunya, k ana kata, even 2 minggu sblm nak datang, Mohd Nabil, Atikah n Syakir dah siap kemas baju renang diorang. Memang bersemangat betul!
Penuh jugaklah rumah weekend tu, adik2 yang kat KL pun bermalam di rumah. Riuh sekejaplah rumah tu, dari kebiasannya sunyi, ye lah duduk berdua..tiba-tiba jer penuh satu rumah. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat sepanjang diorang satu family kat KL, almost 3 hari tu KL hujan selebat-lebatnya dari tengah hari membawa ke malam. Plan nak pergi tempat orang main laying-layang kat Kepong pun tak dapat. Angah n along asyik Tanya jer “Bila nak pi main laying-layang, mak ngah?” Kesian betul tak dapat bawa diorang ke sana.
Kalau ikut rancangan, first day tu nak pergi Aquaria, berkelah di Taman Tasik Kepong, (tempat main laying-layang) dan malamnya pergi ke Jusco. Yang dapatnya, pergi Aquaria jer since lepas keluar dari Aquaria tu, hujan turun selebat-lebatnya. So, mee goreng yang kitorang dah bawa bekal utk berkelah tu, terus di bawa balik kat rumah dan berkelah di rumah!
Di Aquaria KLCC (it’s our first time gak masuk nih!), yang masuknya hanyalah both of us dan k ana anak beranak. Ju, Wan, Sinah & Fatihah tunggu kat luar, since tiket masuk agak mahal dan diorang pun tak berminat sangat. Kami bawa Aqil (anak buah) masuk sbb kanak2 bawah 3 tahun percuma. Harga tiket utk dewasa RM 28 dan kanak2 RM 22. Mahal kan?? Hampir sejam lebih kitorang kat dalam Aquaria tu. Overall, from my opinion, tak berbaloi sangat pon masuk Aquaria tu. Better lagi Waterworld kat Langkawi, puas hati. Kat dalam Aquaria tu, dengan kebanyakan tempatnya yang agak gelap dan laluan yang agak sempit, ditambah pula dengan bilangan visitors yang terlalu ramai, memang rasa nak keluar jer....tapi yang lebih memenatkan ialah dok berlari mengejar Aqil yang terlalu lincah kat dalam tu...fuuhhh..memang tabik spring kat mak ayah dia yang dapat dok bertahan dengan dia..memang nampak sangatlah kitorang dok mengejar dan ikut dia berlari ke sana-sini. Yang boleh dikatakan menarik kat dalam Aquaria ni is the 90 metre moving walkway underwater tunnel, yang ni mmg buat kami terpegun sekejap. Even Aqil yang lasak tu pun boleh senyap je dok tengok ikan2 dalam tunnel tu. Besides that, biasa je.

From Aquaria KLCC, kami terus balik ke rumah. Sampai rumah, semua kelaparan.....nasib baik ada mee yang dah digoreng tadi..yang kononnya utk berkelah, :) Malam tu, lepak je kat rumah sambil tengok TV. Tak boleh keluar mana pun, still hujan lebat.
Esoknya, hari ahad, pagi-pagi lagi, diorang sume gi mandi kat kolam renang. Syakir n aqil pun seronok sangatlah main air, sampai kering kecut tangan. Yang lawaknya, masing2 terkejut bila tenok tangan jadi kering kecut tu. hehehehehe. Tengah hari tu tade plan gi mana-mana, just nak lunch kat rumah adik kat Sg Besi. Kami makan makanan kampung...masak lemak rebung and ulam-ulaman. Azul pun ada, dia sampai after kitorang sume dah habis makan. Dengan motor besarnya tu lah, rupa-rupanya dia accident semalam..hmm...Elok habis makan jer, hujan pun start turun, mula-mula perlahan, alih2 dah lebat dah. Melepak kejap le kat rumah Sayang. Hujan renyai jer, kami terus keluar. Our destination is Jusco Maluri. K Ana nak cari baju mengandung dia...dalam dok sarat mengandung tu, larat lagi nak jalan2.
Ikuti sambungan seterusnya esok.....dah letih dah menaip nih...:)