Sunday, December 30, 2007

Cat rumah

Take a rest kejap..tengah goreng karipap...hubby yang goreng..ehehehhe...hmm..aktiviti hari ni, ada yang best, ada yang tak best. Yang best nyer, setelah sekian lama, kami berjaya mengecat sebahagian dinding ruang tamu..actually, cat dah beli last few months..tapi, tak berkesempatan utk mengecat lagi..so, bersempena tahun baru yang bakal menjelang sehari dua lagi...kami pun nekad utk tukar kaler dinding rumah... a first start to a new face....hehehehhe..bila tengah cat rumah tu, biasalah, macam2 idea keluar utk decorate rumah...:)

Sementara abang tengah mengecat rumah tu, aku continue keje ofis yang dibawa balik...konon nak siapkan satu tender ni, tapi....the worst thing happened to me....tumb drive yang contains all the data rosak and not detected by the Laptop!!!Sedih betull,camana nak menjawab dgn bos tu...dah la tak sempat nak back-up data dalam tumb drive tu......punah semuanya!!

Saturday, December 29, 2007

Laksa Johor

Cuti hari krismas ari tuh, we managed jugak nak masak Laksa Johor, eventough dah dapat resipi tu lama dah dari my mother-in-law. So, malam sebelumnya tuh, dah beli dah barang2 semua, and prepared the ingredients. Actually, masak laksa johor senang sebenarnya, part yg leceh sikit is to prepare the isi ikan, kena siang dulu ikan, rebus, asingkan tulang dari isi ikan, and last sekali, blend isi ikan. Despite kerja2 remeh tu, berjaya juga lah kuah laksa Johor dimasak. Hubby puji, boleh tahan tu! Tapi, seperti biasa, laksa Johor mak mertua gak yang paling best dan menjadi ingatan, ehehehhe. So, di sini, kami nak berkongsi resipi laksa Johor ala mak mertuaku. Cuba jangan tak cuba..pasti menjadi. Selamat mencuba dan selamat makan....!

Laksa Johor (untuk 10 orang makan)

Bahan2 Kuah:
1 kilo isi ikan yg direbus dahulu, dan diasingkan tulangnya.
Air rebusan ikan
1 kilo santan
7 biji bawang merah
5 biji Bawang putih
10 tangkai Lada Kering
2 packet (kecil) Rempah kari ikan
4 batang Serai
2 inci Lengkuas
2 inci Halia
1 sudu besar Serbuk kunyit
udang kering(secukupnya)
1 cawan kerisik
belacan secukup rasa
asam keping
kiub ikan bilis (ikut suka kalau nak letak)


Bahan- bahan untuk ulam(ikut citarasa sendiri):
Timun
Tauge
Sengkuang
Daun Kesum
Daun Selasih
Bwg besar
Sambal belacan (wajib ada)
Spagetti rebus sebagai laksanya

Cara-cara membuatnya:-
Rebus santan hingga pecah minyak. Isi ikan di kisar halus. Bawang merah, putih, halia lada, serai lengkuas,udang kering pun kisar halus juga.Masuk bahan2 yg dah dikisar dalam santan yang dah pecah minyak.Masukkan rempah kari ikan beserta dengan air rebusan ikan secukupnya. Masukkan kerisik, garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis secukup rasa.

Monday, December 24, 2007

Majlis Pertunangan Azizul n Aisyah



Tanggal 22hb December, termeterailah ikatan pertunangan antara Kapten Azizul Rahman and pasangannya Aishah. Selamat Bertunang. Majlis bertunang bertempat di rumah Aisyah or Sya as we call her, di Bidor. First time sampai Bidor actually, so, we all memang excited nak pergi, tambahan plak this is the first time my family pergi meminang, selalunya orang yang datang ruma meminang...sebabnya..this is the first adik lelaki yang bertunang, sebelum ni, 6 orang dah lepas, perempuan semua. So, mak abah memang happy lah sbb the first son nak bertunang…punya gembira sampai sewa satu bas. Jangan tak percaya, rombongan meminang dari Taiping : 1 bas, 10 kereta! Itu pun ada yang last minit tarik diri. Perghh..kesian kat sebelah perempuan, nak kena siap makan untuk 60 orang plus plus. Seronok tu seronok sebab memang meriah lah…ramai yang datang, sedara mara semua ada, even PakCu and MakCu dr Washington pun balik…penangan Azul bertunang.
Nak dijadikan cerita, bas rombongan menghadapi sedikit masalah sebelum sampai ke Terowong MEnora, Kuala Kangsar. Risau gak mula2, sbb kawasan tu mmg kawasan berbahaya…teringat kisah rombongan dari Kedah yang bas accident kat Tol Jelapang, minta dijauhkan….yang lucunya, aku bawa kek hantaran dari KL, tempah khas dari Fara (Smiley Cake)…dari KL dok pegang kek tu, tapi, nak kata tade rezeki tu, kek tergelongsor jatuh masa abang brek mengejut kat Hiway..berderai gak air mata tu mula2…elok kek tu jatuh, dapat call dari k ana, inform pasal bas rosak. So, ada masa kecederaan kat situ utk kitorang ‘repair’ kek yg jatuh tu…nasib baik masa tu dah nak sampai Bidor, terus aje kami ke kedai kek kat situ, thanks to Auntie kedai kek tu, dia pandai repair kek tu…dan kek tu look macam tak de kecacatan apa2 pun, fuuuhhh..lega…cuak betul aku.
Back to kisah bas tu, sejam juga lah depa dok tunggu another bas datang…so, kami yg dah sampai awal kat Bidor tu, sempat pi pekena Mee Kari kat situ. Plan asal nak sampai kat rumah Sya around 12pm cam tuh, alih2 sampai 2.30pm…sian Sya..cair make-up…sampai je rumah Sya, terus pi makan dulu, habis makan baru berbincang. Pakcil Ros wakil sebelah lelaki. Dari perbincangan tu, ditetapkan, majlis perkahwinan akan dilangsungkan pd 9hb August 2008, InsyaAllah. Mak yang sarungkan 2 bentuk cincin kat Sya. Selepas dah sarung cincin, seperti biasa, sessi bergambar….memang lama dalam bilik tu, bergilir nak ambik gambar. Habis bergambar, bertukar-tukar hantaran and kami pun balik terus ke KL. Ooopppss...ada penambahan, kalau pagi tadi datang berdua jer dari KL, balik ni bertiga pulak...Mak Long Sariyah tumpang ke KL, nak ke rumah anak angkat dia.


Saturday, December 15, 2007

In a month

Hi...so many things happened in November...too many agenda and activity..pehww....it's all begin in November...training at Awana Kijal, Terengganu selama seminggu...it's a Skill Group Training, tired but fun, :) Apa yang dibawa balik?? Satu plastik keropok lekor!! Haa...siap bagi sedara mara lagi..bukan ape..dah lama tak outstation ke Terengganu ni...tambahan plak, keluarga mertua ada di rumah.

(Bercanda di tepian pantai...hehehe)
Balik dari Terengganu, kat rumah ramai yang menyambut, mak mertua, adik ipar (yang baru lepas majlis konvo), kakak n anak2 sedara dari Ipoh. Penat tak hilang lagi travel dari Terengganu, ramai yang kena layan..tapi seronok sebab ramai orang kat rumah, kalau tak kami berdua jer, memang agak bosan lah...malam tu, sepupu pun datang, sampai pukul 3 pagi tak tidor2 lagi semua, dok bersembang...yang kecik2 tu pun pun dok mengadap TV sambil yang tua-tuannya dok bersembang...
Esoknnya tuh, pagi2 lagi dah bertolak ke Yong Peng, utk majlis perkahwinan sepupu. Dari Yong Peng, kami terus ke Pasir Gudang, K Ana sekeluarga menginap di Rose Cottage berhamprian rumah mak. Malam tu, kami semua ke Senibong...makan seafood!! Hmm..ramai yang kata best makan kat situ, tapi for me, biasa jer..macam makan seafood kat tempat lain gak..cuma kat sini pilihan banyak la...

(No picture please....Syakir @ Senibong)

(Sempat ronda2 kat Danga Bay naik tren...bayar tu bukan percuma)

Hari minggu tuh, on the way balik ke KL, singgah dulu kat Danga Bay, K Ana nak bawa anak2 dia pusing2 Danga Bay, jadinya, kitorang pun naiklah train yang disediakan...kena bayar lagi tuh..walaupun just pusing area Danga Bay yg kebanyakkannya still dlm pembinaan, tapi tak pelah...budak2 tu gembira and suka sangat, ok lah tu...
Minggu depannya tu, kitorang plak balik ke Taiping...singgah UTP ambik Rina. Rina dah tamat belajar di UTP, so, mengangkut barang2 dia sekali la. Sampai Taiping, rupanya mak ngan abah tak ada di rumah, depa gi Honeymoon kat Langkawi, eheheh..tade lah, ikut rombongan ke Langkawi dengan Atuk. Kitorang balik pun sebab nak siapkan barang2 hantaran untuk majlis pertunangan Azul. K Ana dan Mak Su yang pilotnye, dah siap beli barang, cuma nak gubah je hantaran tu. Kami sempat habiskan ke7-7 kotak hantaran tu dengan kaler temanya Oren n Coklat. Kitorang bawa balik satu kotak hantaran utk diisi dengan kek yang ditempah special dari KL.

The week after that, mak mertua plak datang, dengan Puteri, anak sedara. Depa datang dengan Atan yang kebetulan nak ke Grik utk majlis kenduri kahwin kawan dia. So, on the way tu, drop lah mak ngan puteri kat rumah. Tak pergi ke mana2 pun kitorang, sebab minggu tu penat sangat dengan kerja ofis yang bertimbun2. Dalam penat2 tu, sempat jugalah menghadiri majlis perkahwinan K Aja @ Pedas, N9. Husband tak pergi, aku tumpang Umie and Hadi jer. Selamat Pengantin Baru untuk K Aja and suami. :)
And this week, seperti biasa very tied up dengan kerja ofis...preparation for the PSC meeting. Memang banyak yang nak disediakan. The best part for this week is that first time belajar Poco Poco Dance. It's a dance cum exercise originated from Indonesia. Kira macam senamrobik laa...tapi memang terasa penat betul lepas buat tu, eventough gerakkan dia simple jer, 2 steps right, 2 steps left, 2 steps back and then hold for 2 second, then repeat. Tapi nak mengikut ritma lagu tu yang buat kelam kabut sket tu..the funni part is kitorang buat satu ofis, macam2 style yg keluar, siap ada gaya Dangdut lagi..memamng kelakar. Kalau nak tgk Poco-Poco Dance, boleh pergi ke Youtube and search for Poco Poco Dance.