Tuesday, June 12, 2007

Cuti-cuti Kuala Lumpur Ep.2

Sambung lagi cerita cuti ni. Lepas kami semua ke Jusco, abang suggest kitorang pergi tengok ikan koi at Sentul Koi Park, Sentul. Dari MRR2, kami melencong masuk Highway Gombak-Sentul. Tapi disebabkan kenderaan yang terlalu banyak, abang terlepas simpang masuk ke Sentul. So, terpaksa tukar plan lagi. Kami terus ke KL Sentral, memandangkan kalau nak balik rumah pun, jalan ditutup kat Jalan Duta (tanah runtuh). Kat KL Sentral, kitorang pergi makan kat The Chicken Rice Shop.

Emm....perut memang lapar masa tu...so, kitorang order set yang besar dgn tambahan a few. Along yang dari tadi senyap jer..rupa-rupanya, dia letih and loya, terus termuntah kat situ. Kesian betul...penat betul jalan KL ni. Lepas dah muntah tu, barulah ceria sikit. Agaknya dari dalam kereta tadi dok tahan muntah kot. Lepas makan, terus balik ke rumah. Tu pun budak-budak tak tidur lagi, tidur lewat around kol 1 camtuh.
Keesokkan harinya, kitorang pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja jalan-jalan nak tengok Eye on Malaysia. Kami pusing satu taman tasik, kereta tak banyak sbb hari Isnin kan..orang keje. K Ana nak bawa yang kecik2 tu naik kereta kuda, so, kami pergi lah area tempat kuda tu. Alahai...nasib tidak menyebelahi kami, sbb by the time kami sampai, tempat tu baru je ditutup for lunch. Hmmm...kitorang parking je kat depan area Eye on Malaysia (EOM) tu, dan lepak2 tepi tasik je...ramai sangat orang yang beratur nak naik EOM tu. Kat tepi tasik tu, sessi bergambar aje ;ah jawabnya...:)

1 comment:

`Ain said...

wow!!patutlah lama tak update blog.cuti2 malaysia eh!ain kat ukm, kl ni.